"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKANYANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA"
TITAH NAKHODA
Assalammu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran dengan izin dan rahmatnya dapat kita meneruskan tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah dimuka bumi ini dalam visi dan misi pendidikan. Semoga perjalanan tugas-tugas warga pendidik pada tahun ini beroleh kejayaan yang membanggakan. Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat bertugas dan berkhidmatlah dengan penuh rasa tanggungjawab bagi melahirkan anak-anak didik yang berilmu , bijak dan berwawasan bertaraf dunia.Adalah menjadi harapan saya , semoga semua perancangan sekolah pada tahun 2012 ini dapat dilaksanakan dan berjalan dengan baiknya seperti yang dirancangkan seiring dengan bidang keberhasilan negara (NKRA) dan bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKEA) menjadi agenda penting melalui pelan transformasi kerajaan. Bagi merealisasikan hasrat menjadi Malaysia sebuah Negara maju menjelang 2020 anjakan dan tranformasi pendidikan penting untuk disediakan kepada anak didik yang merupakan modal insan dan pemacu masa akan datang . Insyallah berkat kerjasama dan kesungguhan semua, tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan denganjayanya.
Kejayaan cemerlang pelajar dalam bidang akademik , sahsiah dan kokurikulum sangat bergantung kepada bimbingan dan dorongan guru serta ibubapa . Bakat pelajar dalam semua bidang perlu dicungkil dan diasah dari awal menjadi misi kita sebagai penentu kejayaan mereka dengan izin allah swt.Adalah menjadi harapan saya agar tugas dan tanggungjawab yang diberikan dapat dijayakan dengan baik dan bijaksana. Tingkatkan kerjasama, bina semangat ukhwah dan sentiasa menghormati antara satu sama lain sebagai prasyarat keseronokan bekerja.Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah diatas usaha dan dedikasi semua pendidik serta warga sekolah diatas kejayaan yang telah dicapai sepanjang tahun 2011. Marilah kita tingkatkan lagi usaha dan mengembeling tenaga untuk meningkatkan kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum yang lebih baik pada tahun 2012 ini , Insyallah.
Saya Yang Menjalankan Tugas
PN. CHE ZAUYAH BINTI ALI
Guru Besar Sk Parit.
SELAMAT DATANG KE BLOG SK PARIT
Selamat Datang kami ucapkan ke Blog SK PARIT. Semoga semua warga sk parit khususnya dan juga warga siber amnya memperoleh maklumat bermanfaat daripada laman ini Sesungguhnya kami di sk parit sentiasa bertungkus lumus untuk meningkatkan kualiti dalam apa jua aspek termasuklah penyampaian maklumat melalui media baru ini. Terima kasih di atas sokongan anda semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)